Selangkah ke depan

Tengkok Kanan dan Kiri baru melintas

Selasa, 2 Jun 2009

buat sahabat yang terkasih





Kasih manusia tidak sempurna sebab manusia seperti anda dan saya seringkali membezakan antara satu dengan yang lain, sebab itu kasih itu tidak pernah sempurna didalam diri manusia.. Hanya seorang yang sempurna iaitu apabila Dia memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. Sahabat sahabat yang Dia maksudkan sekarang ini ialah anda dan saya.

Saya rasa seperti banyak orang yang saya sakiti. Tak tahu lah, mungkin ini cuma perasaan saya saja tapi kalau renungan bersama dengan lagu ini dalam keadaan berdiam, kesedaran mulai timbul sebab menangisi diri sendiri, sedangkan Yesus mati, dipaku di salib untuk menebus dosa manusia supaya saya percaya kepadaNya satu kali untuk selama-lamanya.





Kalau ada kesilapan dengan kawan-kawan yang lain, atau ada orang yang buat salah dengan kita, kita mulai sedih dan menangis, mengapa mereka melakukan ini untuk saya.. Kadang-kadang penyesalan yang sangat dalam, sentuhan hati yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Saya lagi jenis yang tidak suka dengan penderaan, apabila saya melihat orang mendera, saya direct to the point tu marah mereka, tak taulah kenapa, tapi itu sifat saya. Saya dapat rasakan sendiri bahawa orang lain yang melakukan perkara itu kepada saya. Kalau seseorang yang mudah memaafkan dengan ikhlas, terjadi kesedaran dan penyesalan yang tersembunyi, hanya Allah yang tahu...

0 ulasan: