Walaupun saya berbicara mengenai firman Tuhan tetapi sebenarnya saya sendiri perlu membuat latihan supaya firman Tuhan itu hidup didalam kehidupan saya. Satu hal yang menjadi masalah bagi saya ialah apabila terjadi godaan dan cobaan kerana mengikuti firman Tuhan. Adakalanya saya gagal tetapi adakalanya saya menang.
Di sebalik kegagalan itu, saya dapat mengerti bahawa belajar ialah satu proses untuk menilai sejauh mana kesetiaan saya kepada Tuhan Yesus. Belajar tidak bergantung kepada kekuatan sendiri dalam menghadapi segala perkara atau masalah tetapi sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada Tuhan, iaitu kuasa-Nya.
Di sebalik kemenangan itu, saya dapat belajar untuk tidak terus berpuas hati dengan kemenangan saya, kemenangan itu adalah milik Tuhan. Kemenangan yang saya maksudkan disini ialah tidak jatuh daripada sebarang bentuk serangan roh untuk menjatuhkan saya. Terlalu banyak mimpi yang ganjil-ganji saya lalui tetapi saya tidak dapat memberitahu disini. Kalau berjumpa dengan saya secara face to face, saya pasti akan memberitahunya.
==========================
Kristus adalah terjemahan Yunani dari kata Ibrani Masyiakh atau Mesiah (Al-Masih), ertinya "Yang diurapi" oleh Tuhan. Yesus Kristus disebut Kristus kerana Dialah yang dipilih Allah menjadi penyelamat dan Tuhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
cantikkk btl baa layout ko nieee... hehehe
Catat Ulasan