Selangkah ke depan

Tengkok Kanan dan Kiri baru melintas

Isnin, 30 Mac 2009

pedang roh

Saya amatlah tidak setuju dengan sesetengah orang yang mengatakan bahawa menjadi orang baik tidak perlukan firman Tuhan. Dan ada orang yang mulai mengomen dan mengerutu kemudian menyalahkan orang yang suka membaca dan menerapkan firman Tuhan didalam kehidupan mereka sehari-hari.

Sebagai seorang pengikut Kristus, menjadi orang baik tidak cukup. Mempraktikkan firman Tuhan adalah satu kebiasaan mereka yang di anggap sebagai pengikut Kristus. Pengikut Kristus bererti mempunyai hati yang mendengar dan berdiam dengan Firman Tuhan.

Saya amatlah tidak setuju jika orang membantah saya menggunakan firman Tuhan sebagai satu benteng dan perisai saya untuk hidup. Ini disebabkan roh-roh jahat tidak suka akan firman Tuhan. Benteng dan perisai yang ampuh melawan kejahatan sebenarnya ialah menjadikan firman Tuhan sebagai benteng pertahanan untuk melawan serangan-serangan si jahat dalam berbagai bentuk.

Firman Tuhan adalah perisai atau sebagai benteng pertahanan untuk memerangi semua tipu muslihat kejahatan. Jika kita keliru dengan perkataan yang orang ucapkan kepada kita dengan sembarangan, kita boleh mengetahui kebenaran itu dengan firman Tuhan dan Dia berbicara kepada kita.

Saya juga setuju jika orang katakan Biarlah kita hidup sesuai dengan firman Tuhan dan jangan hanya berkata saja. Saya setuju dengan pernyataan ini tetapi mereka sebenarnya tidak tahu, orang yang baru mempraktikkan firman Tuhan itu banyak mengalami penganiayaan, jatuh bangun, bangun dan jatuh lagi. Itu menunjukkan permulaan kita untuk menjadi pengikut Kristus yang baik.

Kita sebenarnya sudah diberikan kuasa di syurga dan dibumi untuk memerintahkan semua roh-roh jahat di udara supaya diusir dan dihancurkan tetapi kita tidak tahu bagaimana menggunakan kuasa itu. Kita sekarang ini banyak berdepan dengan Penganiayaan, tetapi jangan berdoa untuk menghindarinya tetapi berdoalah supaya kita dapat menghadapinya sebab saatnya sudah tiba. Saat kita percaya kepada Tuhan dan menerima-Nya sebagai Juruselamat kita, saat itulah kita sudah ada kuasa untuk menghancurkan kuasa kegelapan dengan firman-Nya.

Selagi kita diberikan peluang oleh Tuhan untuk memahami firman-Nya, gunakan peluang itu dan jalani kehidupan berdasarkan firman itu. Saya tidak dapat memberitahu siapa diri saya sebenarnya, saya hanya katakan sebagai pelayan Tuhan sahaja yang aktif didalam pelayanan karismatik katolik, bersama dengan kawan-kawan di sini.


*Sejenak bersama Firman Tuhan*

========================
Perlengkapan rohani
==========================

Akhirnya, hendaklah kamu kuat didalam Tuhan, didalam kekuatan kuasa-Nya. Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, dan melawan penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.

Sebab itu, ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu.

Jadi, berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuziarahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan, pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, dan terimalah ketopang keselamatan dan pedang Roh, iaitu Firman Tuhan. (Efesus:6:10-17)

0 ulasan: