Selangkah ke depan

Tengkok Kanan dan Kiri baru melintas

Rabu, 21 April 2010

jatuh cinta seorang diri

Kenapa saya harus jatuh cinta? Kenapa saya harus jatuh cinta dengan seseorang sedangkan saya tidak ingin jatuh dinta? tiada daya tarikan pada dia sedikitpun... tapi hati saya benar-benar tertawan...

Malangnya dia tidak jatuh cinta dengan saya, kenapa ya? Dia marah saya jatuh cinta padanya.. kenapa ya...? Jika saya jatuh cinta dengan seseorang dan orang itu tidak jatuh cinta dengan saya, sudah tentu ianya memakan masa yang lama bagi saya untuk melupakannya dan memakan masa yang lama untuk jatuh cinta untuk kedua kalinya...mungkin setahun atau dua.. tetapi bukan dia lagi...?

Perasaan saya bercampur baur dengan masalah pekerjaan... sudah tentu kerana saat saya jatuh cinta, saya di ikat...hati saya seolah-lah mempunyai ikatan... Tetapi saya biarkan dia dengan kekasih keminatannya sendiri...

Tuhan, mengapa Engkau membiarkan aku jatuh cinta seorang diri? mengapa yang Tuhan?

Apabila aku mulai jatuh cinta dengan seseorang, hatiku tidak akan aman dan tenteram selagi aku tidak terbenam didalam cintanya.. mungkin inilah makna jatuh cinta yang sebenar?


Aku tidak tertarik dengan kemewahan,
Aku tidak tertarik dengan kecantikan,
Aku tidak tertarik dengan apa-apa...
Aku cuma jatuh cinta sebagai manusia biasa....
Dan itulah kebahagian yang dapat memperbaiki dan menukar seluruh hidupku...


Tuhan, mengapa aku jatuh cinta seorang diri? Terpaksalah aku melupakannya dan tidak akan jatuh cinta kepadanya lagi.. biarkan CintaMu terbenam didalam hidupku...

Selasa, 2 Jun 2009

terluka didalam perjalanan

Sebagai orang yang mengikuti Kristus, yang telah menerima Kristus, seharusnya sukacita, kebahagian dan kedamaian yg harus menjiwai kita, tetapi dalam kenyataan nya......


Part 01



Part 02



Part 03

buat sahabat yang terkasih





Kasih manusia tidak sempurna sebab manusia seperti anda dan saya seringkali membezakan antara satu dengan yang lain, sebab itu kasih itu tidak pernah sempurna didalam diri manusia.. Hanya seorang yang sempurna iaitu apabila Dia memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. Sahabat sahabat yang Dia maksudkan sekarang ini ialah anda dan saya.

Saya rasa seperti banyak orang yang saya sakiti. Tak tahu lah, mungkin ini cuma perasaan saya saja tapi kalau renungan bersama dengan lagu ini dalam keadaan berdiam, kesedaran mulai timbul sebab menangisi diri sendiri, sedangkan Yesus mati, dipaku di salib untuk menebus dosa manusia supaya saya percaya kepadaNya satu kali untuk selama-lamanya.





Kalau ada kesilapan dengan kawan-kawan yang lain, atau ada orang yang buat salah dengan kita, kita mulai sedih dan menangis, mengapa mereka melakukan ini untuk saya.. Kadang-kadang penyesalan yang sangat dalam, sentuhan hati yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Saya lagi jenis yang tidak suka dengan penderaan, apabila saya melihat orang mendera, saya direct to the point tu marah mereka, tak taulah kenapa, tapi itu sifat saya. Saya dapat rasakan sendiri bahawa orang lain yang melakukan perkara itu kepada saya. Kalau seseorang yang mudah memaafkan dengan ikhlas, terjadi kesedaran dan penyesalan yang tersembunyi, hanya Allah yang tahu...

Isnin, 4 Mei 2009

on the way to heaven








"Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku." Yohanes 14:6

Ahad, 5 April 2009

saya perlukan latihan

Walaupun saya berbicara mengenai firman Tuhan tetapi sebenarnya saya sendiri perlu membuat latihan supaya firman Tuhan itu hidup didalam kehidupan saya. Satu hal yang menjadi masalah bagi saya ialah apabila terjadi godaan dan cobaan kerana mengikuti firman Tuhan. Adakalanya saya gagal tetapi adakalanya saya menang.

Di sebalik kegagalan itu, saya dapat mengerti bahawa belajar ialah satu proses untuk menilai sejauh mana kesetiaan saya kepada Tuhan Yesus. Belajar tidak bergantung kepada kekuatan sendiri dalam menghadapi segala perkara atau masalah tetapi sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada Tuhan, iaitu kuasa-Nya.

Di sebalik kemenangan itu, saya dapat belajar untuk tidak terus berpuas hati dengan kemenangan saya, kemenangan itu adalah milik Tuhan. Kemenangan yang saya maksudkan disini ialah tidak jatuh daripada sebarang bentuk serangan roh untuk menjatuhkan saya. Terlalu banyak mimpi yang ganjil-ganji saya lalui tetapi saya tidak dapat memberitahu disini. Kalau berjumpa dengan saya secara face to face, saya pasti akan memberitahunya.

==========================
Kristus adalah terjemahan Yunani dari kata Ibrani Masyiakh atau Mesiah (Al-Masih), ertinya "Yang diurapi" oleh Tuhan. Yesus Kristus disebut Kristus kerana Dialah yang dipilih Allah menjadi penyelamat dan Tuhan.

Isnin, 30 Mac 2009

pedang roh

Saya amatlah tidak setuju dengan sesetengah orang yang mengatakan bahawa menjadi orang baik tidak perlukan firman Tuhan. Dan ada orang yang mulai mengomen dan mengerutu kemudian menyalahkan orang yang suka membaca dan menerapkan firman Tuhan didalam kehidupan mereka sehari-hari.

Sebagai seorang pengikut Kristus, menjadi orang baik tidak cukup. Mempraktikkan firman Tuhan adalah satu kebiasaan mereka yang di anggap sebagai pengikut Kristus. Pengikut Kristus bererti mempunyai hati yang mendengar dan berdiam dengan Firman Tuhan.

Saya amatlah tidak setuju jika orang membantah saya menggunakan firman Tuhan sebagai satu benteng dan perisai saya untuk hidup. Ini disebabkan roh-roh jahat tidak suka akan firman Tuhan. Benteng dan perisai yang ampuh melawan kejahatan sebenarnya ialah menjadikan firman Tuhan sebagai benteng pertahanan untuk melawan serangan-serangan si jahat dalam berbagai bentuk.

Firman Tuhan adalah perisai atau sebagai benteng pertahanan untuk memerangi semua tipu muslihat kejahatan. Jika kita keliru dengan perkataan yang orang ucapkan kepada kita dengan sembarangan, kita boleh mengetahui kebenaran itu dengan firman Tuhan dan Dia berbicara kepada kita.

Saya juga setuju jika orang katakan Biarlah kita hidup sesuai dengan firman Tuhan dan jangan hanya berkata saja. Saya setuju dengan pernyataan ini tetapi mereka sebenarnya tidak tahu, orang yang baru mempraktikkan firman Tuhan itu banyak mengalami penganiayaan, jatuh bangun, bangun dan jatuh lagi. Itu menunjukkan permulaan kita untuk menjadi pengikut Kristus yang baik.

Kita sebenarnya sudah diberikan kuasa di syurga dan dibumi untuk memerintahkan semua roh-roh jahat di udara supaya diusir dan dihancurkan tetapi kita tidak tahu bagaimana menggunakan kuasa itu. Kita sekarang ini banyak berdepan dengan Penganiayaan, tetapi jangan berdoa untuk menghindarinya tetapi berdoalah supaya kita dapat menghadapinya sebab saatnya sudah tiba. Saat kita percaya kepada Tuhan dan menerima-Nya sebagai Juruselamat kita, saat itulah kita sudah ada kuasa untuk menghancurkan kuasa kegelapan dengan firman-Nya.

Selagi kita diberikan peluang oleh Tuhan untuk memahami firman-Nya, gunakan peluang itu dan jalani kehidupan berdasarkan firman itu. Saya tidak dapat memberitahu siapa diri saya sebenarnya, saya hanya katakan sebagai pelayan Tuhan sahaja yang aktif didalam pelayanan karismatik katolik, bersama dengan kawan-kawan di sini.


*Sejenak bersama Firman Tuhan*

========================
Perlengkapan rohani
==========================

Akhirnya, hendaklah kamu kuat didalam Tuhan, didalam kekuatan kuasa-Nya. Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, dan melawan penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.

Sebab itu, ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu.

Jadi, berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuziarahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan, pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, dan terimalah ketopang keselamatan dan pedang Roh, iaitu Firman Tuhan. (Efesus:6:10-17)

Sabtu, 21 Mac 2009

Adakah saya mementingkan diri sendiri?

Dulu, saya seringkali berfikir seperti ini, "Jika benar ada Tuhan didalam hidup ini, mengapa Dia tidak menolong saya didalam kemeskinan ini, didalam kesulitan ini?

Kadang-kadang saya merenung sendirian, adakah saya ini seorang yang mementingkan diri sendiri? Sebab saya ada seorang kawan, yang selalu minta dilayani dan mahu supaya saya bercerita dengannya tetapi saya tidak perduli sebab saya dia berkata kepada saya yang dia mahir didalam segala perkara, termasuk dia bercerita mengenai muzik dan sebagainya.. saya kagum tetapi mengapa dia mahu saya bercerita dengannya?

Dulu saya ada seorang kawan disini yang ingin bercerita dengannya tetapi sekarang dia sudah berpindah tempat... Adakah saya mementingkan diri sendiri disebabkan saya tidak mengambil peduli dengannya? sedangkan saya sendiri minta dipedulikan... Saya jenis yang tidak suka bercerita banyak... memang!! kadang-kadang ada cerita yang tidak masuk akal, saya hanya katakan itu waste time!! Mungkin ini bukan cara terbaik dan saya perlu mengubahnya.... Tuhan kuatkan ku kerana aku hanya dicipta daripada tanah liat yang rapuh...